PEMBERSIHAN ETNIK DI BOSNIA

PENGHASILAN PRODUK GKB1053 (BLOG)

SEJARAH: PEMBERSIHAN ETNIK DI BOSNIA

Isu pembersihan etnik di Bosnia merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam perbualan masyarakat setempat sejak sedekad yang lalu. Peperangan ini dikatakan memberikan kesan yang amat pendalam kepada penduduk penganut agama Islam. Umat islam dianggap sebagai kuman yang harus dihapuskan walaupun di tanah air sendiri. Pembersihan etnik dilakukan melalui perang Bosnia. 

Perang Bosnia merupakan sebuah konflik bersenjatan antarabangsa  yang terjadi di Bosnia dan Hergovina antara tahun 1992 hingga tahun 1995. Berikutan peperangan tersebut telah berlaku peristiwa keganasan pada awal tahun 1992 . Menurut paendapat umum perang ini dipercayai bermula pada tanggal 1 Mac 1992 dan tamat pada 14 Disember 1995.




Peperangan ini berlaku akibat daripada pertelagahan antara tentera Republik Bosnia dan Herzegonia dengan etinik Serb Crotia yang membuat pengistiharan akan entiti berasingan di wilayah Bosnia dan Herzegovina.

Kebanyakan penduduk yang tinggal di Bosnia-Herzegovina merupakan penduduk muslim yang terbentuk daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah selepas Perang dunia Pertama pada tahun 1918. Pada abad ke-6 hingga ke-9 , penduduk asal negara tersebut merupakan kaum slav yang berpindah ke situ. Namun begitu, pelbagai kerajaan dari negara -negara luar telah menakluki kawasan tersebut.  Penaklukan ini menyebabkan banyak agama yang telah disebarkan. Walaupun  telah banyak kerajaan yang memerintah namun pengaruh gereja tetap kekal  sejak dahulu lagi.

PUNCA BERLAKUNYA PEPERANGAN

Pada tahun 1389, tentera Uthmaniyyah telah megambil alih kawasan Ortodoks dan menegakkan hukum islam dan kebebasan beragama. pada waktu itu, ramai penduduk yang mula untuk memeluk islam. Bermula dari situlah kerajaan islam mula bangkit setelah pembukaan kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada tahun 1453. Penaklukan ini turut disertai dengan pengislaman secara sukarela oleh puak Bogomil secara beramai-ramai dan paksaan terhadap orang kristian, penduduk Bogomil ialah penduduk yanag dianggap sesat oleh gereja katolik kerana tidak bersetuju dengan konsep trinity dalam agama.

Orang Bosniak moden yang merujuk sebagai orang muslim Bosnia berketurunan daripada mualaf Bosnia abad ke-15 yanh hidup di bawah kerajaan Turki Uthmaniyyah. Orang Bosniak moden kebanyakannya menganuti agama islam sunnah wal jamaah.

Komposisi penduduk ketika itu ilah 44% beragama islam, 31% kristian ortodoks dan 17% kristian kartoliks.Perkara ini membuatlah bilangan penduduk muslim melebihi penganut agama lain.

Namun begitu, pada akhir abad ke-17 bermula zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah yang disebabkan oleh rasuah dalaman. Tentera Uthamaniyyah telah tewas di Gates of Vienna dan telah berundur kearah selatan dan timur pada tahun 1699. Lebih 30 ribu muslim menyelamatkan diri ke salah satu tempat yang selamat bagi mereka iaitu Srebrenica. Manakala bagi yang tidak mampu melarikan diri akan dipaksa untuk menukar agama atupun akan dibunuh.

Image result for perang bosnia

Pada tahun 1941, Jeneral Draza Mhaijlovic , Ketua Tentera Diraja Yugoslavia mengisytiharkan pembersihan 'Kanser Islam' dengan menghapuskan saki-baki penduduk muslim di Eropah. Dengan itu, berlaku pemebunuhan umat islam secara beramai-rami dan kejam.

Peperangan ini telah mewaskan 1000000 orang dan 80% adalah orang muslim.




Penyerangan ini diketuai oleh Radovan Karadzic iaitu presiden Republik Srspska. Karadzic telah dibantu oleh Ratko Mladic , tentera Republik Srspska.. Mladic mengganggap bahawa serangan ini mampu untuk mengusir Muslim Bosnia yang disebut ''TURKS"

Mladic masih menyImpan dendam masa lalu pada Turki Uthmaniyyah yang pernah menakluki wilayah Balkan termasuk Serbia





RADOVAN KARADZIC


RATKO MLADIC


 Berikutan peristiwa itu , penganut agama muslim  telah didera dengan kejam oleh anggota tentera. Para wanita  telah diperkosadihadapan ahli keluarga manakala lelaki ditangkap dan ditembak lalu mayat dikuburkan secara beramai-ramai.


Image result for pembersihan etnik di bosnia




                                           Image result for pembersihan etnik di bosnia

PBB telah menghantar bantuan kemanusian untuk membanteras perkara ini namun pada Mac 1995 , Maldic menghalang bantuan untuk muslim di Srebrenica.

Pada Disember 1995 , tandatangan perjanjian damai dan genjatan senjatan telah dilakukan di Ohio, Amerika Syarikat.  Setelah 13 tahun bersembunyi Karadzic berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama 40 tahun. Manakala Mladic telah ditanggkap pada 26 MEI 2011 dan dihukum penjara seumur hidup. Namun begitu, terdapat seorang penjenayah perang Bosnia iaitu Slobodan Praljal telah menelan racun semasa pembicaraan rayuan di The Hague.

                            

Melalui sejarah ini, kita dapat membuat kesimpuan bahawa, perpaduan kaum itu amatlah penting untuk membentuk ikatan pertalian yang kukuh sesama masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Jika perpaduan tidak dapat dikecapi tidak mustahil sejarah akan berulang. Kita haruslah menyemai semangat patriotisme yang tinggi dan patuh kepada perintah agama dalam diri masing-masing. Perkara ini penting untuk membuat persediaan kepada sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa yang akan datang. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyemaikan semangat perpaduan dalam diri masing-masing demi kepentingan negara ,bangsa dan agama.





Comments

Post a Comment